Sebagai seororang yang berkerjaya tentunya jauh dalam hati kita, kita akan terus maju dan yakin berjaya berdepan dengan segala cabaran. Namun kadangkala kita rasa ada sesuatu yang menghalang untuk kita terus mara menuju kecemerlangan. Perasaan inlah yang sering membelenggu suara hati kita kearah kebaikan dan kejayaan, yang mana jiwa juga akan terarah untuk pada keburukan dan kecuaian. Kenali apakah diantara belenggu-belenggu tersebut.
1. Prasangka
Prasangka adalah bahasa negatif yang tidak terungkap tetapi akan sentiasa ada dalam
hati. Bahasa negatif ini akhirnya akan berubah menjadi sikap defensif lalu menutup
minda kita kepada perubahan.Kita enggan menerima pandangan dan suara hati orang lain
walaupun ada kebenaran dan keadilannya. Justeru itu hindarilah prasangka negatif
sebaliknya berbaik sangkalah dengan orang lain.
2. Prinsip Hidup
Setiap insan punya prinsip hidup sendiri, seperti prinsip yang mengatakan 'biar papa
asal bergaya'. Prinsip ini sudah tidak sesuai lagi diguna pakai. Dari itu tentukan
prinsip hidup yang bersesuaian agar hidup lebih bermakna . Kembalilah kepada
prinsip tauhid.
3. Pengalaman
Pengalaman silam tidak dinafikan boleh membelenggu hidup kita hari ini. Kita tidak
mahu atau takut pisang berbuah dua kali. Cara mengatasinya, bebaskan diri dari
belenggu pengalaman silam berfikirlah secara merdeka.
4. Kepentingan.
Agak sukar mungkinnya bagi kita mengelak dari memikirkan kepentingan diri sendiri.
Walaupun kita tahu hal ini akan menimbulkan ketidakadilan. Dalam hal ini tepuk
dada tanya selera.
5. Sudut pandang
Dalam satu organisasi sering berlaku kita terpaksa mengorbankan mana-mana pihak
yang lemah. Sepatutnya kita perlu mengambil kira sudut pandangan semua orang agar
tiada orang yang terkorban. Tindakan harus diambil untuk kebaikan semua orang.
6. Membanding
Sikap suka membanding memang selalunya menyakitkan hati orang lain. Sikap ini
boleh menutup minda terhadap perubahan seterusnya menjadi belenggu dalam menilai
sesuatu. Oleh itu jernihkanlah fikiran terlebih dahulu sebelum menilai sesuatu.
7. Fanatik
Memikirkan diri sendiri sahaja yang betul, semua orang salah dan lebih rendah
daripadanya, inilah fanatik namanya. Satu sikap yang bahaya kerana ianya boleh
menutup hati kita kepada semua pandangan dan pendapat. Belenggu ini boleh membawa
kepada perpecahan dan tidak bersefahamman dalam organisasi seterusnya merugikan
semua pihak. Dari itu 'zero'kan hati, bebaskan diri dari belenggu fanatisme dan
dengar suara hati yang mahukan kebaikan dan keadilan.
Menjadi fitrah hidup insan mahukan kebaikan, kebenaran dan kesucian sesuai dengan rahmat Allah, insyaAllah. Hati yang jernih , tulus ikhlas mampu melahirkan idea-idea cemerlang untuk diguna pakai orang lain. Seimbangkan diri dalam kecerdikan intelektual, emosi, dan spiritual, insyaAllah segala tugas akan dapat dijayakan dengan penuh kemanisan dan nikmat.
Tanamkan dalam hati bahawa segala tugasan yang dilakukan hanyalah kerana Allah.
nya.
0 comments:
Post a Comment