26 December 2009 yang lalu, Kawasan Rukun Tetangga Taman Bintang/ Mutiara / Jaya Diri, telah berjaya mengadakan hari keluarga. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan sambutan ini selama sehari suntuk hinggalah ke malamnya untuk pengemasan. Kerjasama dari anda semua merupakan tunggak kejayaan majlis ini. Tahniah diucapkan. Budi baik dan limpahan tenaga kalian tetap jadi ingatan dan kenangan.

Sebelum menjelang 26 Dec, semua AJK telah bekerjasama membuat persiapan masing-masing. Acara bermula seawal 8 pagi. Disebelah pagi bermula dengan peraduan mewarna ketegori kanak-kanak mengikut tahap tertentu juga terbuka untuk dewasa. Dikuti dengan pertandingan untuk kaum ibu dan remaja. Pertandingannya termasuklah masakan, gubahan bunga dan lipatan, solekan serta jahitan. Juga diadakan pertandingan azan dan hafazan untuk anak-anak lelaki mengikut peringkat umur tertentu.

Sebelah petangnya, sukanika, juga mengikut kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, lelaki dan perempuan. Alhamdulillah sambutan amat menggalakan. Acara tarik tali dan panjat tiang licin merupakan acara yang dinantikan oleh semua pengunjung.

Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Dato' Noraini Ahmad. Dato' telah bermurah hati untuk membina sebuah dewan serbaguna di Taman Bintang bernilai RM200 000. Terima kasih daun keladi diucapkan. Seterusnya Dato' telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kemenagan untuk semua jenis pertandingan. Menjelang maghrib, tamatlah semua program yang dirancang.

Hari ini anak keduaku melapor diri sebagai guru sandaran terlatih seterusnya hari mesyuarat pertama sebelum persekolahan yang akan bermula 4 Januari ini. Dapat posting di sekolah yang tak pernah aku dengar sebelum ini, sekolah dalam sebuah ladang yang jauhnya 7 km dari jalan raya dengan jalan tanah merah. Nama aku tetap positif, memberi keyakinan kepadanya untuk berkhidmat sebaik mungkin sebagaimana perjanjian yang telah dipersetujui olehnya. Sekolah Kebangsaan Ladang Tun Dr Ismail Simpang Renggam itulah nama sekolahnya. Walaupun jauh dari keriuhan bandar namun sekolah ini cantik, suasana segar, lengkap dengan pelbagai kemudahan, cuma murid yang tak ramai, cuma 18 orang satu sekolah, relaks..........



Hampir 30 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan, lebih 20 tahun aku terlibat dalam Skim Pinjaman Buku Teks. Setiap hujung tahun, berterusan ke awal tahun berikutnya, aku tidak boleh mengelakan diri dari tugasan ku untuk mengumpul dan mengagihkan buku -buku pinjaman kepada setiap murid bersama dengan rakan setiaku Pn Noraini. Agaknya sampai bersara ke aku akan terus bertugas dalam bidang ini?. Dalam seminggu pagi dan petang aku mengangkat dan menyusun buku bersama-sama dengan ahli kelab yang setia bersama, terasa sakit juga badan, maklumlah umur pun dah lebih setengah abad.

Banyak cabaran yang aku tempuhi selama dalam SPBT. Kalau dulu ada Pn Robiah yang di tempatkan khas dalam SPBT, terasa betapa relaknya aku dikala itu. Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana menempatkan beliau di SPBT. Banyak kenangan manis ketika aku bersamanya. Pn Robiah ni kreatif dan rajin orangnya. Banyak anugerah yang kami dapat semasa beliau bersama dalam SPBT, anugerah peringkat daerah juga peringkat negeri. Tapi sekarang beliau sudah berpindah ke jawatan lain, barulah terasa mencabarnya tugas ini.

Orang lain hanya nampak kesibukan tugas guru SPBT hanya diakhir dan awal tahun sahaja. Sebenarnya tugasan ini dilakukan sepanjang tahun. Betapa mudahnya jika semua murid mematuhi segala tatacara yang ditetapkan termasuklah penjagaan, penggunaan dan pemulangannya. Mudahlah kerja-kerja kami sebagai guru SPBT. Apapun tugasan ini dah jadi kebiasaan ku, akan terus ku lakukan jua selagi khidmat ku diperlukan. Aku harap adalah pelapis yang sudi menjadi pembantuku atau terus menjadi penggantiku. Insya Allah......





Saja meluangkan masa mengelakan kebosanan di rumah, saya bersama keluarga bersiar-siar ke bandar Melaka bersejarah. Tujuan utamanya nak jumpa ibu ku yang duduk bersama adik di Melaka. Rasa dah lama tak jumpa. Seharian di sana, kami bersiar-siar ke lokasi-lokasi tertentu, walaupun entah kali keberapa kami pergi ke tempat itu namun kami pergi juga. Tetap ada pembaharuan. Malam barulah kami balik.

Dengan cara ini rasa lapang fikiran, luas pandangan dan bertambah kemesraan diantara ahli keluarga. Sebelum ini aku dah dapat siapkan 6 modul pembelajaran yang akan digunakan awal tahun nanti. Huhhh.... rasa tertekan juga rasa selagi belum siap, namun ku tetap bertekad untuk menyiapkannya secepat mungkin. Akhirnya pada 12 Dec 2009 telah ku hantar semua modul tersebut ke pejabat sekolah, alhamdulillah........

Percutian seterusnya ......... dalam perancangan, insya Allah.

sedang beraksi dalam perbengkelan ICT

Enam hari perbengkelan ICT dalam mempelajari penggunaan internet khasnya untuk e-mail dan blogging , aku miss satu hari dari pemmbelajaran tersebut. Bermakna aku dapat mengikutinya selama lima hari. Waktu itu sehari selepas sambutan hari raya Aidil Adha. Faham-faham ajelah bila semua ada di rumah, tak sampai hati pula nak tinggalkan mereka. Suasana hari raya masih ada lagi.

Akulah yang paling senior dalam kumpulan perbengkelan ini, namun aku berbangga diterima untuk turut serta dalam kumpulan ini. Maklumlah umur dah melebihi setengah abad , nanti lambat nak tangkap apa yang dipelajari. Tapi aku bersyukur cikgu yang mengajar kami cukup sabar menghadapi kerenah kami semua lebih-lebih lagi aku yang selalu memanggil cikguku kerana paparan yang ada padaku tak serupa dengan orang lain. Cikguku itu Pn Ayu, dan dibantu oleh Cik Suhaili, juruteknik komputer sekolah kami.

Aku sangat gembira di sepanjang perbengkelan ini. Kawan-kawan ku pun rupa-rupanya sama seperti ku. Bila diajarkan sesuatu keluarlah perkataan 'ooo.... gitu '. Kami semua pelik , seronok, teruja kerana dapat sampai keperingkat ini. Sebenarnya dah lama aku mengimpikan untuk sampai ketahap ini, alhamdulillah impian dah jadi kenyataan. Terima kasih Ayu dan Su yang telah bersusah payah mengendalikan perbengkelan ini, sanggup mengorbankan masa percutian mu dan mencurahkan ilmu dengan penuh kesungguhan kepada kami semua, khasnya ahli-ahli perbengkelan ini. Baktimu akan kami kenang sepanjang hayat. Sesungguhnya minda kami semua dah terbuka sedikit, kami dah tau nak email, baca email, ada masa berblogging dan meneroka blog sesiapa sahaja, dapat tambah ilmu , pengalaman.

Kalau aku nak belajar dengan anak-anak tu boleh, tapi anak-anak pun sibuk dengan tugasan masing-masing. Rasa bersalah nak ganggu mereka. Lagipun mereka tunjuk terlalu laju. Aku sendiri sering terkongkong dengan masa, maklumlah suri rumah sepenuh masa disamping insan yang ada kerjaya. Dalam perbengkelan inilah aku dapat belajar bersama kawan-kawan sambil bermesra. Perbengkelan ini kaum hawa sahaja yang turut serta, maklumlah kaum adamnya semua dah pandai-pandai belaka. Meraka ada bersama dalam sessi pertama sahaja.

Dipenghujung perbengkelan sedih juga, rasanya kami belum cukup belajar, macam mana nak buat facebook, nak edit gambar dan macam-macam lagi. Rupanya betul lah apa yang dikata , makin banyak kita belajar makin banyak yang kita tak tau. Pn Ayu , diharap jangan serik mengajar kami ye. Seronoknya, kami semua dapat anugerah, anugerah yang diberikan oleh Pn Ayu kepada semua peserta bengkel mengikut pengamatan beliau sendiri sepanjang perbengkelan. Hadiah yang kami berikan itu tidaklah seberapa sangat. Ianya hanya sebagai tanda terima kasih kami sahaja. Mudah-mudahan dimasa akan datang seliakan lah lagi perbengkelan seperti ini. Terima kasih daun keladi , bila-bila tunjuk lagi.

Sebagai seororang yang berkerjaya tentunya jauh dalam hati kita, kita akan terus maju dan yakin berjaya berdepan dengan segala cabaran. Namun kadangkala kita rasa ada sesuatu yang menghalang untuk kita terus mara menuju kecemerlangan. Perasaan inlah yang sering membelenggu suara hati kita kearah kebaikan dan kejayaan, yang mana jiwa juga akan terarah untuk pada keburukan dan kecuaian. Kenali apakah diantara belenggu-belenggu tersebut.

1. Prasangka

Prasangka adalah bahasa negatif yang tidak terungkap tetapi akan sentiasa ada dalam 
hati. Bahasa negatif ini akhirnya akan berubah menjadi sikap defensif lalu menutup
minda kita kepada perubahan.Kita enggan menerima pandangan dan suara hati orang lain
walaupun ada kebenaran dan keadilannya. Justeru itu hindarilah prasangka negatif 
sebaliknya berbaik sangkalah dengan orang lain.

2. Prinsip Hidup

Setiap insan punya prinsip hidup sendiri, seperti prinsip yang mengatakan 'biar papa
asal bergaya'. Prinsip ini sudah tidak sesuai lagi diguna pakai. Dari itu tentukan 
prinsip hidup yang bersesuaian agar hidup lebih bermakna . Kembalilah kepada 
prinsip tauhid.

3. Pengalaman

Pengalaman silam tidak dinafikan boleh membelenggu hidup kita hari ini. Kita tidak
mahu atau takut pisang berbuah dua kali. Cara mengatasinya, bebaskan diri dari 
belenggu pengalaman silam berfikirlah secara merdeka.

4. Kepentingan.

Agak sukar mungkinnya bagi kita mengelak dari memikirkan kepentingan diri sendiri.
Walaupun kita tahu hal ini akan menimbulkan ketidakadilan. Dalam hal ini tepuk 
dada tanya selera.

5. Sudut pandang

Dalam satu organisasi sering berlaku kita terpaksa mengorbankan mana-mana pihak 
yang lemah. Sepatutnya kita perlu mengambil kira sudut pandangan semua orang agar
tiada orang yang terkorban. Tindakan harus diambil untuk kebaikan semua orang.

6. Membanding

Sikap suka membanding memang selalunya menyakitkan hati orang lain. Sikap ini 
boleh menutup minda terhadap perubahan seterusnya menjadi belenggu dalam menilai
sesuatu. Oleh itu jernihkanlah fikiran terlebih dahulu sebelum menilai sesuatu.

7. Fanatik

Memikirkan diri sendiri sahaja yang betul, semua orang salah dan lebih rendah 
daripadanya, inilah fanatik namanya. Satu sikap yang bahaya kerana ianya boleh
menutup hati kita kepada semua pandangan dan pendapat. Belenggu ini boleh membawa
kepada perpecahan dan tidak bersefahamman dalam organisasi seterusnya merugikan
semua pihak. Dari itu 'zero'kan hati, bebaskan diri dari belenggu fanatisme dan
dengar suara hati yang mahukan kebaikan dan keadilan.

Menjadi fitrah hidup insan mahukan kebaikan, kebenaran dan kesucian sesuai dengan rahmat Allah, insyaAllah. Hati yang jernih , tulus ikhlas mampu melahirkan idea-idea cemerlang untuk diguna pakai orang lain. Seimbangkan diri dalam kecerdikan intelektual, emosi, dan spiritual, insyaAllah segala tugas akan dapat dijayakan dengan penuh kemanisan dan nikmat.

Tanamkan dalam hati bahawa segala tugasan yang dilakukan hanyalah kerana Allah.
nya.

Saya dan anak-anak semasa di Perak

Suasana pameran barang jualan di IKEA

Kenangan semasa perkahwinan anak saudara di Perak. Seharian dalam perjalanan dengan menempuhi pelbagai halangan, akhirnya dipenghujung petang sampailah kami di tempat yang di tuju, iaitu Pengkalan Pegoh. Pada malamnya, majlis pernikahan berlangsung dan diikuti dengan majlis persandingan pada keesokan harinya. Dalam perjalanan pulang, ketika sampai di Kuala Lumpur, waktu pun sudah mencecah malam. Rasanya penat dan seperti hendak terus pulang ke rumah, namun alhamdulillah kerana anak sudah sponsor untuk bermalam dan berehat di Hotel Concorde, Shah Alam. Keesokkan harinya pula, kami berjalan-jalan dan membeli belah di IKEA, Damansara. Kami teruja dengan barangan yang dijual dan dipamerkan di sana kerana semuanya kelihatan moden dan lain dari yang lain. Walaupun harga yang ditawarkan untuk sesetengah barang agak mahal, tetapi kami rasa seronok walaupun hanya dapat melihatnya di sudut pameran. Sebenarnya ini kali ke-empat kami menjejakkan kaki ke gedung beli-belah IKEA, tetapi ia sentiasa menunjukkan kelainan dan hasilnya, kami masih lagi teruja. Akhir sekali ingin dikatakan, jika kami mempunyai kesempatan lagi, kami nak mengunjungi IKEA lagi, seronok! hehe.

Pada tempah penghujung tahun 2007 dan awal tahun 2008 yang lalu, saya sekeluarga bersama adik dan ipar berkesempatan melancong ke Genting Highland. Banyak pengalaman yang dapat saya perolehi, terutama sekali semasa ingin ke puncak dengan menaiki skyway. Apa itu skyway? Skyway adalah kereta kabel. Dari permulaan kami menaiki kereta kabel hingga sampai ke puncak, ia sudah mengambil masa kira-kira 30 minit. Huh! sungguh gaya dirasakan kerana dari stesen kereta kabel menuju ke puncak, ia kelihatan sungguh tinggi. Menurut anak saya, skyway ini merupakan yang terpanjang di Asia. Sesampainya di sana, anak-anak seronok bermain permainan yang ada di sana, begitu juga dengan anak saudara saya yang baru berumur 3 tahun. Menurut anak, yang paling tidak mereka lupakan adalah semasa memasuki Snow World, iaitu sebuah tempat simulasi suasana bersalji yang seakan-akan benar. Setelah tidur satu malam di sebuah apartment yang telah kami semua tempah, pada esoknya, kami menuju ke Bukit Tinggi.

Pada 1 Januari 2008, kami selamat sampai di Bukit Tinggi. Bukit Tinggi adalah sebuah resort yang bertemakan suasana senibina klasik inggeris atau lebih tepat lagi, senibina eropah. Lihat gambar diatas, tidak seperti berada di negara sendiri bukan? hehe. Tak dapat pergi ke luar negara, pergi Bukit Tinggi pun jadi lah. Di sana, ada juga satu kawasan yang direka khas seperti di Jepun. Seronok saya tengok, seperti pepatah melayu, jauh perjalanan, luas pemandangan.

dipagi raya yang indah, hari raya aidiladha

Nasib seorang guru , memang betul ibarat lilin. bila murid berjaya , memang tak ingat pada guru,tapi bila murid gagal katalah guru tak pandai ajar.Ada murid yang sengaja nak fitnah guru jika murid itu tidak mahu terima apa yang kita mintakan sesuatu yang sepatutnya mereka lakukan.contoh saya pernah memuji seorang murid kerana dia pandai membuat pengiraan yang asas , tambah , tolak , darab dan bahagi , saya kata belajarlah betul-betul supaya kita dapat mengubah hidup keluarga tidak mengikut tradisi. Tapi apa yang murid itu ceritakan kt keluarganya lain pula hingga keluarga tak terima . Akhirnya jadilah cerita kt kedai kopi yang saya dah lempang-lempang , pukul-pukul murid tu. walhal saya tak sentuh langsung murid tu .

Ada satu lagi cerita seorang murid lelaki, cerita kt cikgu lain yang saya ni masuk kelas tak pernah ajar . Saya ni masuk tido, lima minit lagi masa nak habis saya bangun ketuk-ketuk kepala murid je. Nasib baik cikgu tu memahami siapa saya , macam mana saya kerja di sekolah khasnya dalam kelas . Cikgu tu rakam apa yang mereka perkatakan mengenai saya,apa tak menggelabah budak tu bila tau bila cikgu tu kata nak tunjukkan apa yang dah dirakam itu kepada yang berkenaan. Baru dia tau siapa yang betul siapa yang salah. Akhirnya memalukan diri sendiri.

Sebenarnya banyak lagi nak ceritakan hal-hal macam ni,pengalaman yang sudah menghampiri 30 tahun menjadi seorang guru, ada suka ada dukanya. Terlalu jauh bezanya murid zaman dahulu dengan murid zaman sekarang.....zaman mengubah segala-galanya.

Beruntungnya guru hari ini . segalanya telah disediakan dengan bahan-bahan yang canggih pulak tu. hendak tak nak je gunakan. Kalau dulu semua bahan buat sendiri, kira markah sendiri , buat ulasan sendiri , guna mesin taip aje, nak buat soalan ke , nak sediakan senarai nama ke . zaman dulu mana ada komputer lagi.

Tapi peliknya murid zaman dulu senang diajar, mengikut kata, kerja rumah pasti beres tak ada dolak dalik nak buat alasan kenapa tak siap buat tugasan yang diberikan. Murid zaman dulu hormat kepada guru. Jumpa guru takut , entah apa yang ditakutkan tak tau la. Kalau jumpa guru di pasar siap menyorok malu, tapi zaman sekarang kalau nampak cikgu di pasar dari jauh dah berteriak cikgu-cikgu....solah-olah nak tunjuk gaya berpakaiannya, solekannya, maklumlahlah cikgu macam saya ni tak pernah bersolek, tak pandai bergaya, low profile je.

Zaman sekarang nak belajo senang, cikgu sedia menunjuk ajar, buku rujukan banyak, internet ada. Murid zaman sekarang buat cikgu macam kawan dia je. Sepatutnya lagi mudah, lagi cepat pandai, bukan sebaliknya. Entahlah mungkin murid sekarang dah disediakan segala-galanya ,tak perlu nak bersusah payah, itu yang menjadikan mereka malas nak belajar, malas nak berusaha, tak terfikir macam mana nak memajukan diri. Mengikut perlakuan yang negatif cukup senang tak payah disuruh atau diajar. entah la apa nak jadi . Semakin banyak program kecemerlangan tapi hasilnya masih tidak memuaskan. Zaman dulu tak jumpa apa-apa pun program tapi ramai juga yang cemerlang.

Sama-samalah kita fikirkan apa yang patut. Nak jadikan mereka seperti zaman dulu tentu imposible. Ok lah ini dulu untuk kali ini.

waktu

TR

TR

About this blog

Blog ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan sebagai seorang pendidik, semasa bersama keluarga, di sekolah dan seterusnya penglibatan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

visitor



Bingo Counters

Keindahan Alam

Keindahan Alam

Text for friends

Text for friends

Friends

Friends

Keindahan maya

Keindahan maya

Muka Cermin Hati

1. Air Muka Keruh Membimbangkan

- menggambarkan kesusahan
- perasaan tidak gembira
- fikiran berserabut
- hati tidak tenteram
- menutup peluang kerjaya
- dunia persahabatan terjejas

2. Air Muka Jernih Membahagiakan

- menampilkan kecantikan
- menunjukkan ketampanan
- tenang, bersih, gembira
- dalam ingatan selalu
- terserlah kejujuran
- tergambar kesucian
- menunjukan kemanisan hati
- pemiliknya hanya orang yang
taat ajaran agama
baik peribadi
dapat asuhan pekerti sempurna
- bersifat mesra
- positif atas segala ujian


3. Air Muka Kering Menyakitkan

-Tiada belas kasihan
- sukar buat kebaikan
- berniat jahat
- senyum berpura-pura
- diselubungi marah, irihati
- boleh lakukan kekejaman

Air muka , mimik muka akan tunjuk

- emosi juga personaliti
- sikap pada org lain
- kesudian dlm berbual
- sikap berinteraksi
- keseriusan dlm beri pendapat

Pilihlah air muka mana yang anda ingin
kekalkan dalam penampilan anda.



Mutiara kata

1. Harga seseorang itu adalah pada ilmunya.

2. Kesederhanaan adalah rahsia keindahan.

3. Masa dihargai, janji ditepati

4. Lebih baik hidup melarat dengan hormat daripada kaya
tetapi terhina

5. Sabar itu istana iman dan fikiran itu istana akal.

6. Pengetahuan adalah kekuasaan

7. Cinta jadi mulia jika cintakan kebenaran.

8. Jawapan yang lembut mencairkan kemarahan.

9. Hanya orang yang berbudi tahu akan budi.

10.Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya melebihi
kesanggupannya.

Pantun seloka jadi renungan

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tidak tentu punca

Kalau guru kurang bersedia
Dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru asyik marah
Murid keluar tak tentu arah

Kalau guru menunggu arah Semua kerja kena kerah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu diajar

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah ia tak liar

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru banyak tak tahu
Bimbinglah ia agar berilmu

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah ia dengan kemudahan

Guru yang efektif

Menurut tokoh ilmuan Al-Ghazali

Bersikap periang,
perwatakan menarik,
empati,
menganggap pelajar sebagai anaknya.

Memiliki akhlak Rasulullah :
senyuman, pengasih, penyabar,
tekun, bertanggungjawap, adil,
menepati janji, amanah.

Bersikap tegas terhadap kawalan kelas
agar ia dihormati dan disegani.

memberi nasihat dengan cara
yang baik ( berhikmah )

P&P dijalankan sesuai mengikut
pencapaian (tahap) murid
di dalam kelas.

Memberi penerangan dengan
jelas dan sempurna.

Memahami serta mengenali pelajarnya
terutamanya minat dan permasaalahannya,

Sama-sama fikirkan

Peluang yang kecil biasanya menjadi
permulaan kepada tugasan yang lebih hebat

Satu mesin boleh melakukan tugasan
50 pekerja biasa, tetapi tiada mesin yang dapat
melakukan tugasan seorang pekerja
yang luar biasa

Matlamat utama pendidikan,
bukan menyebar pengetahuan,
tetapi menghasilkan tindakan.

Satu-satunya bahan yang terpenting dalam
formula kejayaan adalah kemahiran bergaul
dengan orang lain.

Simpan ketakutan dalam diri kita,
tetapi kongsi keberanian kita
dengan orang lain.

Yakinlah diri sendiri.
maka apa orang lain fikirkan
tidak penting.

bercakaplah kamu mengikut tahap
dan pemikiran si pendengarnya.

Kemahiran adalah apa yang anda
boleh lakukan,
motivasi menentukan apa yang anda akan lakukan,
tetapi sikap menentukan sebaik mana
anda melakukannya.

Perbezaan antara hebat dan baik
hanyalah sedikit usaha yang gigih.

Bukan kerana perkara itu susah
menyebabkan kita tidak berani mencuba,
tetapi kerana kita tidak mencuba
menjadikan perkara itu susah.

Akal tak sekali tiba
fikiran tak sekali datang

Tidak ada baik atau buruk
melainkan fikiran yang menjadikannya.

Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan
dan surut kalau dibiarkan menganggur.

Cetek fikiran, orang itu banyak bercakap.

Langit berkelikir, bumi bertemberang,
salah-salah fikir jadi hamba orang.

Fikiran hanya sihat dengan bekerja
dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat
kerja yang menyenangkan.

Berlaku hormat tiada bayaran,
tetapi dengan hormat orang dapat membeli
apa sahaja kerana sopan santun itu
menghiasi perbuatan.

Manusia yang jujur ialah yang selalu sama
antara perkataan dan perbuatannya.

Tidak..... tapi jangan......

Dari cikgu Azizul Rahman,
Kita kongsi bersama.

1. Tidak cepat jangan lambat
2. Tidak sabar jangan celupar
3. Tidak senyum jangan masam
4. Tidak peramah jangan pemarah
5. Tidak memuji jangan mengkeji
6. Tidak menyenang jangan menyusah
7. Tidak kreatif jangan pasif
8. Tidak rajin jangan malas
9. Tidak mencadang jangan membangkang
10.Tidak anggun jangan selekeh
11. Tidak mengikut jangan menghasut
12. Tidak setia jangan menderhaka
13. Tidak kuat jangan lemah
14. Tidak tahu jangan ambil tak tahu
15. Tidak bersemangat jangan lemahkan semangat
16. Tidak laju jangan perlahan.