sedang beraksi dalam perbengkelan ICT
Enam hari perbengkelan ICT dalam mempelajari penggunaan internet khasnya untuk e-mail dan blogging , aku miss satu hari dari pemmbelajaran tersebut. Bermakna aku dapat mengikutinya selama lima hari. Waktu itu sehari selepas sambutan hari raya Aidil Adha. Faham-faham ajelah bila semua ada di rumah, tak sampai hati pula nak tinggalkan mereka. Suasana hari raya masih ada lagi.
Akulah yang paling senior dalam kumpulan perbengkelan ini, namun aku berbangga diterima untuk turut serta dalam kumpulan ini. Maklumlah umur dah melebihi setengah abad , nanti lambat nak tangkap apa yang dipelajari. Tapi aku bersyukur cikgu yang mengajar kami cukup sabar menghadapi kerenah kami semua lebih-lebih lagi aku yang selalu memanggil cikguku kerana paparan yang ada padaku tak serupa dengan orang lain. Cikguku itu Pn Ayu, dan dibantu oleh Cik Suhaili, juruteknik komputer sekolah kami.
Aku sangat gembira di sepanjang perbengkelan ini. Kawan-kawan ku pun rupa-rupanya sama seperti ku. Bila diajarkan sesuatu keluarlah perkataan 'ooo.... gitu '. Kami semua pelik , seronok, teruja kerana dapat sampai keperingkat ini. Sebenarnya dah lama aku mengimpikan untuk sampai ketahap ini, alhamdulillah impian dah jadi kenyataan. Terima kasih Ayu dan Su yang telah bersusah payah mengendalikan perbengkelan ini, sanggup mengorbankan masa percutian mu dan mencurahkan ilmu dengan penuh kesungguhan kepada kami semua, khasnya ahli-ahli perbengkelan ini. Baktimu akan kami kenang sepanjang hayat. Sesungguhnya minda kami semua dah terbuka sedikit, kami dah tau nak email, baca email, ada masa berblogging dan meneroka blog sesiapa sahaja, dapat tambah ilmu , pengalaman.
Kalau aku nak belajar dengan anak-anak tu boleh, tapi anak-anak pun sibuk dengan tugasan masing-masing. Rasa bersalah nak ganggu mereka. Lagipun mereka tunjuk terlalu laju. Aku sendiri sering terkongkong dengan masa, maklumlah suri rumah sepenuh masa disamping insan yang ada kerjaya. Dalam perbengkelan inilah aku dapat belajar bersama kawan-kawan sambil bermesra. Perbengkelan ini kaum hawa sahaja yang turut serta, maklumlah kaum adamnya semua dah pandai-pandai belaka. Meraka ada bersama dalam sessi pertama sahaja.
Dipenghujung perbengkelan sedih juga, rasanya kami belum cukup belajar, macam mana nak buat facebook, nak edit gambar dan macam-macam lagi. Rupanya betul lah apa yang dikata , makin banyak kita belajar makin banyak yang kita tak tau. Pn Ayu , diharap jangan serik mengajar kami ye. Seronoknya, kami semua dapat anugerah, anugerah yang diberikan oleh Pn Ayu kepada semua peserta bengkel mengikut pengamatan beliau sendiri sepanjang perbengkelan. Hadiah yang kami berikan itu tidaklah seberapa sangat. Ianya hanya sebagai tanda terima kasih kami sahaja. Mudah-mudahan dimasa akan datang seliakan lah lagi perbengkelan seperti ini. Terima kasih daun keladi , bila-bila tunjuk lagi.
0 comments:
Post a Comment