Persiapan awal oleh ahli jawatankuasa penganjur untuk majlis ini.



Antara hidangan yang disediakan untuk menjamu selera.


ehmmm........ lama kita tak jumpa.......



Bergaya sakan nampak, macam la malam reunion untuk dia.....


Bersama cikgu Nengseh, Guru Besar Sk Sri Laksana. Dulunya rakan sekerja. Terpisah lama juga. Alhamdulillah..... dapat jumpa lagi. Kak Neng ni mentain je dari dulu.... slim je.


Barisan jawatankuasa malam reunion SPM 82, memotong kek berbentuk lencana sekolah hasil rekaan Chef Abu Zayin Abdullah, juga bekas pelajar SMKDS. Chef nya tu kerjaya sambilan je...
1982 dulu Abu tingkatan 2. Senyap, baik bersopan je masa diajar, sekarang dah jadi GPK koko, tahniah cikgu Abu!







Penuh bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan.... Negara Ku......


Ucapan perasmian malam reunion SMKDS SPM'82 oleh Tn Pengetua , En Misli.


Tuan Pengerua dah tunjuk jempol tu, petanda bagus la majlis ni, kan.....


Alhamdulillah.... seronok juga ada yang sudi menjemputku untuk menghadiri malam reunion SMKDS SPM '82 pada 13 september lalu. Sebelum ini memang tak pernah ku terfikir dapat turut serta dalam majlis yang meriah ini. Bayangkan dulunya aku sebagai guru, mereka pula pelajar, tapi sekarang kebanyakan mereka dah berkerjaya, dah berkeluarga dan ada diantara anak-anak mereka juga menjadi anak muridku sekarang ini. Dari dulu hingga sekarang aku tetap begini, tapi bekas pelajar-pelajar ku ada lawyer, doktor, arkitek, leftenan, general mejar, pensyarah, pendidik, bisnes man, punya syarikat tertentu dan macam-macam lagi. Rezeki masing-masing..... syukur alhamdulillah.

tarikh 02.05.2010

Tidak ku sangka kemesraan yang ditunjukkan sebelum tarikh ini menandakan akan terpisahnya kehidupan di alam maya ini untuk selama-lamanya. Kami sekeluarga tidak percaya akan pemergian kakak ipar ku ini , Ramiah bt Selamat. Tanpa tanda-tanda penyakit yang serius, tanpa tanda-tanda keluh kesah dalam bicaranya, tanpa apa-apa pun yang negatif kau tetap pergi jua menyambut seruan ilahi. Innalillahiwainnalillahirajiun............

Tarikh 19.07.2010

Setelah 77 hari kami hadapi kenyataan kakak ipar telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya, hari ini , di tarikh ini, aku diduga lagi oleh Nya. Satu dugaan yang paling berat untuk ku hadapi dalam mengharungi hidup ini..... suami ku pula mengikut jejak langkah kakaknya, pergi untuk selama-lamanya meninggalkan keluarganya dan segala apapun kehidupan di dunia ini. Aku redha, memang musibah itu pahit di dunia moga ia manis di akhirat untuk sesiapa yang terpilih melaluinya.

Kenangan pahit dan manis yang ku lalui bersamanya selama 28 tahun 3 bulan 10 hari tetap ku simpan dalam hati. Kesepian terubat jua dengan adanya anak-anak yang semakin meningkat dewasa. Anak-anaklah yang menguatkan semangatku untuk terus menjalani kehidupan dimasa hadapan.

Yang pastinya, Ramadan kali ini perlu ditempuhi dengan kisah duka yang melakar memori ketika bersamanya. Betapa sambutan Aidil Fitri pada kali ini tidak lagi seperti biasa, tidak seperti dulu lagi dan tidak sama untuk selama-lamanya. Semoga roh suamiku dicucuri rahmat dan berada bersama-sama dari golongan orang-orang yang beriman...... Amin.......


Tarikh 08.08.2010

Satu lagi berita sedih menyapa kehidupan ku. 20 hari setelah suamiku pergi menyahut seruan Ilahi, hari ini anak saudara sebelah suami, Johan bin Wagimin juga mengikut jejak langkah yang sama. Masih terlalu muda, anak-anak masih kecil yang tentunya keluarga masih bergantung sepenuhnya kepadanya, namun ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu. Dalam usia baru 41 tahun, dia tetap pergi jua untuk meninggalkan kehidupan dunia..... Al Fatihah ..........
Semoga yang ditinggal boleh terus bersabar, redha menerimanya dan laluilah kehidupan seterusnya mengikut kemampuan yang dimilikinya. Tentunya ada hikmah dari yang maha Esa keatas apa jua ujian yang ditujukan kepada hamba-hambanya. InsyaAllah.......




Alhamdulillah, tahun ini dipertemukan lagi bulan yang sentiasa dinanti-nantikan, bulan yang menjanjikan pahala yang berganda-ganda atas segala kebajikan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan.

Namun bagi ku, inilah kali pertama ku menjalani ibadah puasa ini tanpa suami disisi. Hari ini merupakan hari yang ke 23 ianya pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Namun ku tetap redho atas ketentuanNya. Memang musibah itu pahit di dunia dan moga ia manis di akhirat. Tentu ada hikmah dari ketentuan ini. Aku sedar, akulah pengganti dirinya untuk terus menerajui kehidupan keluargaku. Hanya kepadakulah tempat anak-anak ku bergantung dan berkongsi masalah jika ada, semoga tiada masalah besar yang tidak mampu untuk ku harungi. InsyaAllah, akan ku kuatkan semangatku, cekalkan hati, bersabar dan tidak akan melayani perasaan yang negatif, maklumlah dalam keadaan seperti ini....... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hidup perlu diteruskan mengikut kemampuan yang ku miliki.

Kawan-kawan, saudara mara, jiran tetangga, anak-anak murid ku serta siapa sahaja yang mengenali ku, terima kasih atas ucapan takziah dan keperihatinan kalian untuk ku dan keluargaku. Sesungguhnya, kalianlah yang memberi semangat untuk ku meneruskan hidup ini.
Ketaqwaan akan terus digenggam dan Quawwah akan terus dicari bukan sahaja dengan penantian tapi dengan usaha dan tindakan, insyaAllah....

Masa tetap berlalu, kini tiba sudah bulan Ramadan. Wahai semua umat islam, penuhilah bulan ini dengan mengerjakan suruhan yang telah ditetapkan seikhlas hati. Jadikan bulan ini bulan yang penuh penjimatan bukan bulan pembaziran. Tingkatkan amalan jauhi sifat-sifat keji.

Selamat berpuasa ........

Selamat berberbuka ..........


kenangan bersama mu tetap dalam ingatan


kemesraan seorang 'bapa' terhadap anak buahnya, sungguh meyakinkan


terima kasih En Nizar kerana sudi mempengerusikan majlis ini



ucapan di hari terakhir berkhidmat di sekolah ini. Ku kagum dengan senyuman mu yang tetap terpamer walau dalam keadaan apa pun. Selamat bertugas ditempat baru.






Sistem pendidikan adalah element penting untuk mengukuhkan daya saing negara dalam membangunkan 1 Malaysia.Terima kasih diatas keperihatinan Perdana Menteri yang telah menyediakan beberapa strategi yang boleh diguna pakai dalam bidang pendidikan dalam tempuh Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RMKe 10).

Antaranya;

1.Memastikan semua kanak-kanak boleh berjaya.

Bagi merealisasikan kepastian semua kanak-kanak boleh berjaya, kerajaan telah memimikirkan beberapa pekara iaitu;

- membangunkan program pembangunan awal kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah
(PERMATA)dibawah seliaan Kementrian Pelajaran Malaysia
- menaikkan kadar enrolment pendidikan prasekolah
- merendahkan umur bagi permulaan prasekolah
- memastikan penguasaan pelajar terhadap numerasi dan literasi
- berusaha memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan peguasaan Bahasa Inggeris.

2. Menjadikan sekolah bertanggung jawap terhadap prestasi pelajar.

meningkatkan prestasi semua sekolah melalui program peningkatan kualiti secara
menyeluruh termasuk menyenaraikan kedudukan prestasi sekolah

3. membuat pelaburan bagi membangunkan kepimpinan unggul disetiap sekolah.

4. meningkatkan daya tarikan profesion perguruan dan menghasilkan guru terbaik.

- pembangunan kerjaya dengan mmenawarkan prospek lebih menarik
- kenaikan segera pangkat kepada guru cemerlang
- untuk melahirkan guru terbaik, gunakan kreteria pemilihan ketat dan hanya calon
cemerlang diterima.

Jadilah guru yang ikhlas dan cekap kerana berdasarkan kecekapan dan prestasi yang baik , ianya dapat meningkatkan pembangunan profesional

Seawal 6 pagi aku bangun, bersihkan diri untuk solat subuh. Duduk sekejap menonton tv untuk menuntun mhi seterusnya buletin pagi tepat jam 7.30 pagi, saja-saja untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam dan luar negara.

Tibalah masa untuk melakukan rutin harianku,membasuh, menyapu, mop lantai, mengemas rumah mana yang patut dikemas dan menyediakan serapan pagi yang simple-simple sahaja.

Hari ini ada tiga tempat jemputan perkahwinan dan satu tempat untuk majlis yassin dan tahlil. Saja ajak anak-anak untuk menemankanku kemajlis tersebut. Tak sangka empat anak-anak ku sudi menjadi teman. Jemputan pertama kerumah yang paling jauh, rumah sahabat lamaku yang telah berpindah ke Institute Perguruan Batu Pahat. Tahniah untuk beliau, dulu cikgu Hamimah kini dah bergelar Dr Hamimah, juga tahniah kerana dah jadi ibu mertua... dah ada anak menantu.

Dari Pt Sidek, kami bertolak ke Parit Yusof, kerumah besan cikgu Zalina, jumpa juga cikgu zalina di sana. Kemudian kami ke rumah Pesara nurse, Pn Saayah. Dah pukul tiga petang, kami balik solat zohor seterusnya pergi ke majlis yassin dan tahlil di rumah salah seorang ahli qariah kami dari badan kebajikan wanita surau Al Mansor. Pukul lima petang barulah aku sampai kerumah, mandi, solat asar dan tibalah masa untuk berehat.




...... about time ......

...... a bead of one's time ........

...... all the time ........

...... a lot of time .......

...... waste time .......

...... matter of time ......

...... in time ......

...... to kill time ......

...... a time out ......

...... nick time ......

you can fill your sentence before and after the above given sentence......


Dato' Siti Nurhaliza delivering a song on the launching of her new beauty product, Simplysiti recently at Jaya Jusco, Melaka. Photo by Akmal Adanan, 23.05.2010

Terharu dengan kejayaan anak Melayu, menghasilkan produk kecantikan HALAL dan berkualiti. Tahniah Dato' Siti Nurhaliza. Kejayaanmu menjadi pendorong kepada anak-anak Melayu yang lain. Gambar-gambar di bawah sekitar majlis perasmian Simplysiti yang diadakan di Jaya Jusco, Melaka.


Sebagai salah seorang peminat, saya mendoakan semoga Dato' Siti berjaya dalam perjuangan, dan dalam perusahaan yang diuruskan. Insyaallah... Untuk full entry sila ke: http://www.akmaladanan.com/

Bersama pelajar SMKDS 2 Perdagangan 1, Tahun 1992.

Masih segar dalam ingatan, semua pelajar-pelajar yang pernah saya ajar dari tahun 1980 - hingga sekarang. Di sini saya kongsikan sekeping foto lama, antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat. Di dalam kelas inilah, lahirnya beberapa orang doktor, akauntan, engineer, guru dan sebagainya. Sebagai seorang bekas guru ...saya berasa sungguh bangga dan terharu dengan kejayaan-kejayaan mereka ....semoga terus cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi .... amin ....

Cuba anda perhatikan apa yang anda nampak dari gambar di atas. Selama ini saya hanya mendengar cerita dan nampak suatu yang aneh di dada akhbar, tapi pada 18 hb Mei 2010, hari Rabu dalam pukul 5 petang, cikgu Jailani call saya untuk melihat sesuatu yang aneh ini. Subhanallah, maha suci Allah, inilah kebesaranmu Ya Allah...... Itulah kalimah spontan yang saya sebutkan bila melihat bagaimana semut-semut telah bergotong royong membina rumah mereka sehingga terbentuknya kalimah ini. Ianya dijumpai di satu saliran air (longkang) di hadapan Bilik Gerakan SMK Dato' Sulaiman Parit Sulong Batu Pahat. Kebetulan di kala itu longkang kering - tidak berair.

Sempat juga saya memberitahu beberapa orang pelajar yang ada bersama di kala itu, bahawa inilah tanda kebesaran Allah, sedangkan haiwan sekecil semut pun tahu akan wujudnya Allah apa lagi kita manusia yang Allah berikan akal dan fikiran yang lebih tinggi darjatnya dari haiwan.

Alhamdulillah.......dua orang anak ku telah selamat menjadi graduan dihari konvokesyen mereka masing-masing. Tahniah untuk kalian.

Bersama idolanya : Graduan Doktor Falsafah Termuda Konvokesyen UITM ke 72 - Dr Adzrool Ismail.



20 Mei 2010
Hari Konvokesyen ke 72, UITM, Shah Alam, Selangor
Akmal Adanan, Ijazah Sarjana, dalam bidang Pengurusan Pelancongan.
Kini bertugas sebagai pensyarah di UITM Melaka.

18 Mac 2010
Hari konvokesyen OUM bertempat di PWTC Kuala Lumpur.
Amanina Adanan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang muzik.
Kini bertugas sebagai guru di SKLTDI, Simpang Renggam, Kluang.


Gambar sebagai hiasan . Dipetik dari Utusan Malaysia

Bermula 1 Mei , kite semua menyambut Hari Pekerja. 9 Mei hari untuk kaum ibu - Hari Ibu. 16 Mei Hari Guru diikuti 28 Mei Hari Wesak. Bagi semua yang terlibat dengan hari-hari yang berkenaan tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat hari pekerja, selamat hari ibu , selamat hari guru dan selamat hari wesak yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

KHUSUS UNTUK HARI GURU , tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia, khasnya untuk guru-guru saya, suami, rakan-rakan sejawat, anak didik saya yang dah jadi cikgu, juga tidak ketinggalan untuk dua orang anak saya yang juga telah menceburkan diri dalam bidang pendidikan, tak lupa untuk anak ketiga yang juga bakal guru. Tahniah untuk kalian. Sesuai dengan tema hari guru tahun ini " Guru Pembina Negara Bangsa", buktikan bahawa kita semua kaum guru mampu merealisasikan tema hari guru tahun ini, InsyaAllah.....

Semoga guru masih releven dihati masyarakat dan martabatnya terpelihara dalam acuan emas yang paling berkilauan, begitulah hendaknya.

Bangganya kita sebagai guru, rasanya semua pihak meraikan hari guru, daripada pemimpin, kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, Melayu, India, Cina, dari seluruh pelusuk negara dan dari pelbagai latar belakang.

Dari itu, perlulah kita bermuhasabah diri pada hari guru ini untuk menjadi guru yang berkesan dan dapat membina negara bangsa kita yang tercinta.

Ucapan Hari Guru khas dari rakan-rakan sejawat:

Bad teacher complains,
Good teacher explains,
Better teacher demonstrates,
Best teacher motivates,
Great teacher inspires,
HAPPY TEACHERS DAY

( Dari Cikgu Puan Zaitun, Counselor SMKDS)

Erti sebenar seorang guru/cikgu:
C - Cantik budi pekertinya
I - Inovatif praktisnya
K - Kreatif mindanya
G - Garang semangatnya
U - Unggul ilmunya

( Dari Cikgu Puan Juwita - guru matematik )

Apa cita-cita anda b4 jadi guru? Lawyer?, Ingineer?
Nyesal jadi guru? Cuba tengok,
Ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek?
Ada tak magistrate yang berani pakai coat doktor?
Tapi guru adalah SEMUA itu.
Kita doktor bila murid sakit,
Lawyer bila parents soal,
Magistrate bila murid gaduh,
dan kadang-kadang
Pak Guard pun kita......
So, SELAMAT HARI GURU TO YOU!

(Dari Cikgu Cik Rahmah Saleh - guru Bahasa Inggeris)

Dulu, murid hormat dan takut guru,
Kini....Guru kena slow talk.
Dulu, guru-guru boleh claim,
Kini.... Tak boleh complain.
Dulu, hari guru, guru turun padang,
Kini....Hari Guru, murid bersama guru masuk gelanggang,
menghiburkan dan dihiburkan......disamping sama-sama
dalam gotong royong perdana, satu pembaharuan positif
dan satu aktiviti sihat, tahniah.

(Dari Ustazah Puan Siti Latifah)

waktu

TR

TR

About this blog

Blog ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan sebagai seorang pendidik, semasa bersama keluarga, di sekolah dan seterusnya penglibatan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

visitor



Bingo Counters

Keindahan Alam

Keindahan Alam

Text for friends

Text for friends

Friends

Friends

Keindahan maya

Keindahan maya

Muka Cermin Hati

1. Air Muka Keruh Membimbangkan

- menggambarkan kesusahan
- perasaan tidak gembira
- fikiran berserabut
- hati tidak tenteram
- menutup peluang kerjaya
- dunia persahabatan terjejas

2. Air Muka Jernih Membahagiakan

- menampilkan kecantikan
- menunjukkan ketampanan
- tenang, bersih, gembira
- dalam ingatan selalu
- terserlah kejujuran
- tergambar kesucian
- menunjukan kemanisan hati
- pemiliknya hanya orang yang
taat ajaran agama
baik peribadi
dapat asuhan pekerti sempurna
- bersifat mesra
- positif atas segala ujian


3. Air Muka Kering Menyakitkan

-Tiada belas kasihan
- sukar buat kebaikan
- berniat jahat
- senyum berpura-pura
- diselubungi marah, irihati
- boleh lakukan kekejaman

Air muka , mimik muka akan tunjuk

- emosi juga personaliti
- sikap pada org lain
- kesudian dlm berbual
- sikap berinteraksi
- keseriusan dlm beri pendapat

Pilihlah air muka mana yang anda ingin
kekalkan dalam penampilan anda.



Mutiara kata

1. Harga seseorang itu adalah pada ilmunya.

2. Kesederhanaan adalah rahsia keindahan.

3. Masa dihargai, janji ditepati

4. Lebih baik hidup melarat dengan hormat daripada kaya
tetapi terhina

5. Sabar itu istana iman dan fikiran itu istana akal.

6. Pengetahuan adalah kekuasaan

7. Cinta jadi mulia jika cintakan kebenaran.

8. Jawapan yang lembut mencairkan kemarahan.

9. Hanya orang yang berbudi tahu akan budi.

10.Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya melebihi
kesanggupannya.

Pantun seloka jadi renungan

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tidak tentu punca

Kalau guru kurang bersedia
Dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru asyik marah
Murid keluar tak tentu arah

Kalau guru menunggu arah Semua kerja kena kerah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu diajar

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah ia tak liar

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru banyak tak tahu
Bimbinglah ia agar berilmu

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah ia dengan kemudahan

Guru yang efektif

Menurut tokoh ilmuan Al-Ghazali

Bersikap periang,
perwatakan menarik,
empati,
menganggap pelajar sebagai anaknya.

Memiliki akhlak Rasulullah :
senyuman, pengasih, penyabar,
tekun, bertanggungjawap, adil,
menepati janji, amanah.

Bersikap tegas terhadap kawalan kelas
agar ia dihormati dan disegani.

memberi nasihat dengan cara
yang baik ( berhikmah )

P&P dijalankan sesuai mengikut
pencapaian (tahap) murid
di dalam kelas.

Memberi penerangan dengan
jelas dan sempurna.

Memahami serta mengenali pelajarnya
terutamanya minat dan permasaalahannya,

Sama-sama fikirkan

Peluang yang kecil biasanya menjadi
permulaan kepada tugasan yang lebih hebat

Satu mesin boleh melakukan tugasan
50 pekerja biasa, tetapi tiada mesin yang dapat
melakukan tugasan seorang pekerja
yang luar biasa

Matlamat utama pendidikan,
bukan menyebar pengetahuan,
tetapi menghasilkan tindakan.

Satu-satunya bahan yang terpenting dalam
formula kejayaan adalah kemahiran bergaul
dengan orang lain.

Simpan ketakutan dalam diri kita,
tetapi kongsi keberanian kita
dengan orang lain.

Yakinlah diri sendiri.
maka apa orang lain fikirkan
tidak penting.

bercakaplah kamu mengikut tahap
dan pemikiran si pendengarnya.

Kemahiran adalah apa yang anda
boleh lakukan,
motivasi menentukan apa yang anda akan lakukan,
tetapi sikap menentukan sebaik mana
anda melakukannya.

Perbezaan antara hebat dan baik
hanyalah sedikit usaha yang gigih.

Bukan kerana perkara itu susah
menyebabkan kita tidak berani mencuba,
tetapi kerana kita tidak mencuba
menjadikan perkara itu susah.

Akal tak sekali tiba
fikiran tak sekali datang

Tidak ada baik atau buruk
melainkan fikiran yang menjadikannya.

Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan
dan surut kalau dibiarkan menganggur.

Cetek fikiran, orang itu banyak bercakap.

Langit berkelikir, bumi bertemberang,
salah-salah fikir jadi hamba orang.

Fikiran hanya sihat dengan bekerja
dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat
kerja yang menyenangkan.

Berlaku hormat tiada bayaran,
tetapi dengan hormat orang dapat membeli
apa sahaja kerana sopan santun itu
menghiasi perbuatan.

Manusia yang jujur ialah yang selalu sama
antara perkataan dan perbuatannya.

Tidak..... tapi jangan......

Dari cikgu Azizul Rahman,
Kita kongsi bersama.

1. Tidak cepat jangan lambat
2. Tidak sabar jangan celupar
3. Tidak senyum jangan masam
4. Tidak peramah jangan pemarah
5. Tidak memuji jangan mengkeji
6. Tidak menyenang jangan menyusah
7. Tidak kreatif jangan pasif
8. Tidak rajin jangan malas
9. Tidak mencadang jangan membangkang
10.Tidak anggun jangan selekeh
11. Tidak mengikut jangan menghasut
12. Tidak setia jangan menderhaka
13. Tidak kuat jangan lemah
14. Tidak tahu jangan ambil tak tahu
15. Tidak bersemangat jangan lemahkan semangat
16. Tidak laju jangan perlahan.