Berkumpul untuk memulakan larian

Masih ade yang mengantuk.......siannya

Streching , aktiviti penting sebelum memulakan larian jarak jauh.

Bekas anak murid ku sebagai guru kanan koko, tahniah, teruskan dedikasimu. Apa agaknya yang sedang difikirkan yer.......jangan risau, kami semua sentiasa bekerjasama membantumu.

Bersungguh-sungguh lari nampak, maklumlah ade pengiring.....

Seronok ye, cepat teruskan larian, pungut mata sebanyak mungkin untuk rumah masing-masing. Semua guru amat berbangga atas usaha dan kesungguhan kalian.

Beraksi sakan nampak

Semasa penyampaian hadiah di dewan.... sempat juga pelajar-pelajar ini berposing, tak pe no komen, tapi pastikan anda juga salah seorang dari penerimanya, kalau tidak pun anda turut menyumbang mata untuk rumah pasukan anda. Terima kasih.



Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua
Semuga dipanjangkan umur dalam keimanan
Dimurahkan rezeki dari rezeki yang halal
Dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera
Agar sentiasa ceria dan berjaya dimasa-masa mendatang

Suka duka, senyum tawa, menempuh kegagalan atau kejayaan
Adalah lumrah hidup dan asam garam kehidupan.
Apa pun yang bakal ditempuhi, apa pun yang bakal dilalui Perjalanan hidup tetap harus diteruskan.
Buang yang keruh ambil yang jernih
Kejadian silam itu kenangan, atau jadikan tauladan
Bersyukur kehadrat Ilahi keatas apa jua kurnian Nya.
Amin, Amin Amin..............

waktu

TR

TR

About this blog

Blog ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan sebagai seorang pendidik, semasa bersama keluarga, di sekolah dan seterusnya penglibatan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

visitor



Bingo Counters

Keindahan Alam

Keindahan Alam







Text for friends

Text for friends

Friends

Friends

Keindahan maya

Keindahan maya

Muka Cermin Hati

1. Air Muka Keruh Membimbangkan

- menggambarkan kesusahan
- perasaan tidak gembira
- fikiran berserabut
- hati tidak tenteram
- menutup peluang kerjaya
- dunia persahabatan terjejas

2. Air Muka Jernih Membahagiakan

- menampilkan kecantikan
- menunjukkan ketampanan
- tenang, bersih, gembira
- dalam ingatan selalu
- terserlah kejujuran
- tergambar kesucian
- menunjukan kemanisan hati
- pemiliknya hanya orang yang
taat ajaran agama
baik peribadi
dapat asuhan pekerti sempurna
- bersifat mesra
- positif atas segala ujian


3. Air Muka Kering Menyakitkan

-Tiada belas kasihan
- sukar buat kebaikan
- berniat jahat
- senyum berpura-pura
- diselubungi marah, irihati
- boleh lakukan kekejaman

Air muka , mimik muka akan tunjuk

- emosi juga personaliti
- sikap pada org lain
- kesudian dlm berbual
- sikap berinteraksi
- keseriusan dlm beri pendapat

Pilihlah air muka mana yang anda ingin
kekalkan dalam penampilan anda.



Mutiara kata

1. Harga seseorang itu adalah pada ilmunya.

2. Kesederhanaan adalah rahsia keindahan.

3. Masa dihargai, janji ditepati

4. Lebih baik hidup melarat dengan hormat daripada kaya
tetapi terhina

5. Sabar itu istana iman dan fikiran itu istana akal.

6. Pengetahuan adalah kekuasaan

7. Cinta jadi mulia jika cintakan kebenaran.

8. Jawapan yang lembut mencairkan kemarahan.

9. Hanya orang yang berbudi tahu akan budi.

10.Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya melebihi
kesanggupannya.

Pantun seloka jadi renungan

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tidak tentu punca

Kalau guru kurang bersedia
Dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru asyik marah
Murid keluar tak tentu arah

Kalau guru menunggu arah Semua kerja kena kerah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu diajar

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah ia tak liar

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru banyak tak tahu
Bimbinglah ia agar berilmu

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah ia dengan kemudahan

Guru yang efektif

Menurut tokoh ilmuan Al-Ghazali

Bersikap periang,
perwatakan menarik,
empati,
menganggap pelajar sebagai anaknya.

Memiliki akhlak Rasulullah :
senyuman, pengasih, penyabar,
tekun, bertanggungjawap, adil,
menepati janji, amanah.

Bersikap tegas terhadap kawalan kelas
agar ia dihormati dan disegani.

memberi nasihat dengan cara
yang baik ( berhikmah )

P&P dijalankan sesuai mengikut
pencapaian (tahap) murid
di dalam kelas.

Memberi penerangan dengan
jelas dan sempurna.

Memahami serta mengenali pelajarnya
terutamanya minat dan permasaalahannya,

Sama-sama fikirkan

Peluang yang kecil biasanya menjadi
permulaan kepada tugasan yang lebih hebat

Satu mesin boleh melakukan tugasan
50 pekerja biasa, tetapi tiada mesin yang dapat
melakukan tugasan seorang pekerja
yang luar biasa

Matlamat utama pendidikan,
bukan menyebar pengetahuan,
tetapi menghasilkan tindakan.

Satu-satunya bahan yang terpenting dalam
formula kejayaan adalah kemahiran bergaul
dengan orang lain.

Simpan ketakutan dalam diri kita,
tetapi kongsi keberanian kita
dengan orang lain.

Yakinlah diri sendiri.
maka apa orang lain fikirkan
tidak penting.

bercakaplah kamu mengikut tahap
dan pemikiran si pendengarnya.

Kemahiran adalah apa yang anda
boleh lakukan,
motivasi menentukan apa yang anda akan lakukan,
tetapi sikap menentukan sebaik mana
anda melakukannya.

Perbezaan antara hebat dan baik
hanyalah sedikit usaha yang gigih.

Bukan kerana perkara itu susah
menyebabkan kita tidak berani mencuba,
tetapi kerana kita tidak mencuba
menjadikan perkara itu susah.

Akal tak sekali tiba
fikiran tak sekali datang

Tidak ada baik atau buruk
melainkan fikiran yang menjadikannya.

Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan
dan surut kalau dibiarkan menganggur.

Cetek fikiran, orang itu banyak bercakap.

Langit berkelikir, bumi bertemberang,
salah-salah fikir jadi hamba orang.

Fikiran hanya sihat dengan bekerja
dan hanya dengan fikiran kita boleh membuat
kerja yang menyenangkan.

Berlaku hormat tiada bayaran,
tetapi dengan hormat orang dapat membeli
apa sahaja kerana sopan santun itu
menghiasi perbuatan.

Manusia yang jujur ialah yang selalu sama
antara perkataan dan perbuatannya.

Tidak..... tapi jangan......

Dari cikgu Azizul Rahman,
Kita kongsi bersama.

1. Tidak cepat jangan lambat
2. Tidak sabar jangan celupar
3. Tidak senyum jangan masam
4. Tidak peramah jangan pemarah
5. Tidak memuji jangan mengkeji
6. Tidak menyenang jangan menyusah
7. Tidak kreatif jangan pasif
8. Tidak rajin jangan malas
9. Tidak mencadang jangan membangkang
10.Tidak anggun jangan selekeh
11. Tidak mengikut jangan menghasut
12. Tidak setia jangan menderhaka
13. Tidak kuat jangan lemah
14. Tidak tahu jangan ambil tak tahu
15. Tidak bersemangat jangan lemahkan semangat
16. Tidak laju jangan perlahan.